Sabtu, 29 Mei 2010

CERITA KU...

                           Lieza lebih selesa bercerita tentang pengalaman hidup Lieza.Lieza seorang yang periang.Lieza dimanja oleh mak sejak kecil lagi kami sangat rapat kerana Lieza seorang saja anak perempuan didalam keluarga.Lieza berkahwin seawal usia 19 tahun.Seperti pasangan yang lainnya Lieza bahagia bersama orang yng tersayang.Lebih2 lagi diawal perkahwinan Lieza dikurniakan seorang anak yang cukup memberi seribu erti buat Lieza.Sebelum perkahwinan Lieza,Lieza kehilangan mak.Mak tak berkesempatan melihat Lieza diatas pelamin.Mak tempat Lieza mencurahkan segalanya pergi meninggalkan Lieza buat selamanya.........
                             Kelahiran anak Lieza memberi Lieza cahaya yang baru buat Lieza.Disaat meribanya Lieza terkenangkan mak.........beginilah juga perasaan yang dirasakan mak ketika  kali pertama meriba anak sulungnya.Lieza memang terlalu rapat sekali dengan arwah mak.Kami sentiasa bersama ,bercerita,gelak ketawa bagaikan sahabat handai yang akrab.Tiada rahsia antara kami.Kehilangan mak membuatkan Lieza jadi seorang yang cukup kuat menghadapi kehidupan walaupun pada awalnya Lieza hilang arah.Walaubagaimana sekalipun Lieza pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi.
                            Lieza bahagia bersama orang2 yang tersayang...Ibu mertua pengganti ibu yang telah pergi buat selamanya.Lieza bertuah punya ibu mertua yang amat memahami diri Lieza.Lieza selesa dengannya.Diawal perkahwinan Lieza tinggal bersama ibu mertua.Suami anak yang bongsu didalam keluargaa dan sangat rapat dengan ibunya.Hampir 9 tahun baru Lieza mendapatkan cahayamata yang kedua.Kali ini Lieza juga rasa teruja seperti anak yang pertama.Almaklum sajalah masa yang terlalu lama Lieza rasakan seperti kelahiran yang pertama juga.....

                
                 KU XPERNAH MELUPAKANMU IBU....








                

               DAMAIKANLAH HATI KU INI.....